Friday, December 17, 2010

10 nilai murni gadiss :)

Di sekolah mahupun di rumah , kita selalu diingatkan untuk menerapkan nilai - nilai murni dalam kehidupan seharian . Dengan mengamalkan nilai - nilai murni , kamu pasti menjadi seorang insan yang mulia dan berjaya . Nah ! Di sini aina berikan 10 nilai murni untuk kamu terapkan dalam diri dan amalkan dalam hidup kamu .
BBaik hati ~
Berbuat baiklah kepada semua orang dengan ikhlas . Tolonglah
siapa sahaja yang berada dalam kesusahan , kelak kamu disukai ramai .
Berhemah tinggi ~
Jaga tingkah laku dan sentiasa menunjukkan sikap yang sopan
adalah salah satu amalan murni yang patut ada dalam diri kamu .
Selain itu , sentiasalah ramah dan tersenyum 
apabila berjumpa sesiapa sahaja .
Hormat - menghormati ~
Sentiasa menghormati kedua ibu bapa , orang yang lebih tua , guru , rakan dan
jiran tetangga . Hormati juga diri kamu sendiri dengan menjaga maruah diri .

Kasih sayang ~
Tanamkan sifat kasih sayang  kepada persekitaran kamu .
Sanyangilah keluarga kamu , rakan - rakan kamu , alam sekitar , negara
dan cintakan keamanan .

Keadilan ~
Sentiasa adil dalam pertuturan , perlakuan dan juga dalam membuat sesuatu keputusan .
Sikap berat sebelah akan memudaratkan
hubungan kamu sesama manusia .

Keberanian ~
Kamu perlu berani dan yakin dalam menghadapi cabaran hidup .
Jangan cepat putus asa dalam membuat sesuatu perkara .

Jujur ~
Sentiasalah bersikap jujur . Bercakap benar dan ikhlas dalam melakukan
kebaikan tanpa mengharapkan balasan .

Rajin berusaha ~
Kejayaan takkan datang tanpa usaha yang bersungguh - sungguh .
Oleh itu , kamu perlu mempunyai sikap rajin dalam hidup untuk berjaya !

Kesederhanaan ~
Hiduplah secara sederhana ! Jika kamu mampu atau mempunyai
banyak wang , janganlah suka mennjuk - nunjuk kerana kamu mungkin
akan membuat rakan - rakan yang lain saket hati . 
Sesuaikan diri kamu dengan persekitaran dan jangan meninggi diri .

Bersyukur ~
Setiap manusia mempunyai nasib yang berbeza - beza . Oleh itu , sentiasalah hargai
apa yang kamu miliki dan berterima kasih kepada ibu bapa kamu yang sentiasa
menyayangi diri kamu .

Sincerely ,
Aina Fariesha :)

No comments:

Post a Comment