Monday, December 13, 2010

8 tIpS RiaNg kE SekOLaH

Gembirakan diri kamu dengan lawak jenaka dan ketawalah . Dengan ketawa kamu pasti  rasa seronok berada di sekolah setiap hari .

Jika kamu rasa tertekan dan malas ingin ke sekolah , kenal pasti apa masalah kamu dan cuba selesaikan dengan meminta bantuan guru , kawan atau ahli keluarga .

Adakah markahyang corot buat kamu rasa malas ke sekolah ? Jangan mudah putus asa . Jadikan kegagalan kamu itu sebagai kunci untuk kamu berjaya dalam semua mata pelajaran . Usaha yang gigih akan memberikan keputusan yang lebih baik untuk kamu !

Jika kerja sekolah buat kamu bosan , buang sikap itu jauh - jauh dan buat kerja sekolah kamu bersama rakan - rakan . Denagn itu , pasti kamu rasa kerja sekolah kamu lebih senang .

Pastikan kamu mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang . Pemilihan makanan yang mempunyai nutrisi lengkap akan membuatkan kamu lebih fokus di dalam kelas .

Selain makanan , kamu juga perlukan tidur yang cukup dan berkualiti . Tidur lapan jam setiap hari akan membuatkan kamu segar sepanjang hari .

Sentiasa berfikiran positif . Jangan terlalu memikirkan tekanan yang kamu rasai apabila ke sekolah kerana ia buat kamu lebih tertekan .

Jadikan sekolah sesuatu yanga menyeronokkan . Sertai aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah , pasti kamu rasa tak sabar nak ke sekolah setiap hari !

Sincerely ,
Aina Fariesha :)

3 comments:

Kotak Hati said...

nak tambah laa..
pastikan solat subuh b4 p skolah~
hehhehehehehhehehee.....

Aina Fariesha said...

hahaha . bguss2 . tpi aunty sk agy ke ?

Kotak Hati said...

suke pe ni yunk???huhuhu

Post a Comment