Monday, December 13, 2010

Senyum Seindah Suria :D

' Senyum , tak perlu kata apa - apa '.
Itulah salah satu baris ayat dalam lagu senyum nyanyian Malique dan Najwa .
Senyum itu adalah senaman yang mudah untuk kamu buat .
Senyum juga ialah satu sedekah . Dengan tersenyum , muka kamu
akan lebih bercahaya dan pasti lebih ramai 
yang akan suka pada kamu .
Namun ada ketikanya susah untuk kita melemparkan senyuman . :)

  1. Senyum itu menyeronokkan , jadi cubalah tersenyum walaupun dalam keadaan yang kamu tidak suka . Tak perlu senyum lebar , hanya sekadar tersenyum sudah cukup .      
  2. Jika kamu tercedera atau tiada perasaan untuk senyum , jangan risau kerana kamu masih boleh tersenyum dengan matu kamu . Berdiri tegak , jangan berkerut dan senyumlah dengan mata kamu .
  3. Pakaian yang ceria menggambarkan senyuman yang ada pada diri kamu . Kuning adalah warna sesuai kamu pakai sepanjang hari yang ceria .
  4. Ada waktunya kamu akan berasa sedih , apa kata cuba tukarkan kesedihan kamu dengan sedikit senyuman . Percayalah ! Kamu pasti lebih lega .
  5. Fikirkan sesuatu yang menggembirakan kamu , senyuman kamu tentu akan bertahan untuk waktu masa yang lama !
  6. Sentiasa tersenyum kepada sesiapa sahaja dan pastinya mereka akan kembali tersenyum kepada kamu . Senyumlah dengan ikhlas dan bukan dipaksa - paksa .
  7. Bersikan diri kamu , pakai baju yang cantik , kemas dan bersih akan buat kamu tersenyum dan rasa segar sepanjang hari .                                                                          
 
                                                                                         

2 comments:

Kotak Hati said...

aunty juga minat kuning haaa!!!
rase cam puteri raje jer ble pakai kuning~
hahahhahahahhahaaa

Aina Fariesha said...

hahaha . bguss ~

Post a Comment