Sunday, December 12, 2010

Bersukan Dengan Selamat !

Bersukan baik untuk kesihatan kita . Dengan bersukan ,
kita dapat mengeluarkan peluh sekaligus dapat memberikan kesegaran
kepada otak dan minda . Namun begitu , sukan mungkin memudaratkan 
jika tiada langkah keselamatan diambil
sebelum dan semasa bersukan . Ketahui cara bersukan dengan selamat
mungkin ia akan berguna untuk kita semua !
  •  Sebelum kamu menyertai apa - apa jenis sukan , sebaiknya kamu membuat pemeriksaan kesihatan selain pemeriksaan ortopedik .
  •  Penting juga untuk kamu ketahui apakah jenis sukan yang sesuai untuk kamu , supaya kamu dapat bermain dengan baik dan selesa .
  • Pastikan juga kamu memakai alat - alat perlindungan yang sesuai untuk setiap sukan yang kamu sertai . Alat - alat perlindungan ketika bersukan adalah seperti topi keselamatan , pelindung siku , pelindung lutut dan sebagainya ,
  • Kamu juga perlu pastikan setiap alatan sukan yang hendak digunakan berada dalam keadaan yang baik sebagai langkah awal untuk mengelakkan sebarang kecederaan ketika bersukan .
  •  Sebalum memulakan sebarang aktiviti sukan , pastikan kamu membuat senaman ringan atau 'warm up' terlebih dahulu untuk memanaskan badan .
  • Semasa sedang bersukan , pastikan ada guru atau orang dewasa yang memerhatikan kamu sepanjang aktiviti sukan kamu dijalankan .
  • Dehidrasi selalu berlaku kepada atlet muda seperti kamu . Oleh itu penting untuk kamu patikan kamu minum air dengan cukup untuk menampung aktiviti yang akan dibuat . Antara simpton dehidrasi adalah seperti dahaga , berasa lemah , sakit kepala dan kehilangan berat badan .
  •  Jika kamu mengalami kecederaan ketika bersukan , rehatkan diri kamu dan pastikan kamu dirawat dengan betul .
  • Kamu juga perlu merehatkan diri selepas satu - satu sukan yang kamu jalankan . Jangan terlalu memaksa badan kamu untuk meneruskan aktiviti sukan tanpa henti kerana ia boleh memudaratkan .
  •  Bermainkah mengikut peraturan permainan yang ditetapkan dan pasti kamu akan seronok dan selamat sepanjang bersukan .

Mari Bersukan !!

No comments:

Post a Comment