Sunday, December 12, 2010

Tip Mint@ Izin Tidur Rum@h K@w@n

hello ..
post kali niy ak nak kongsi tip 
minta izin tidur rumah kawan .

SELAMAT MEMBACA :)


Kenal pasti 'mood' kawan ..

Sebelum kamu menyuarakan permintaan kamu , kenal pasti dahulu mood kawan kamu itu . Jika die sedang sedih atau marah , tunggu sehingga dia reda dahulu . Kemudian . barulah suarakan permintaan kamu itu . Ini bagi mengelakkan dia bertindak terburu - buru .

Berbuat baik ..

Selalulah berbuat baik dan membantu kawan kamu itu . Sebagai contoh , tawarkan pertolongan ketika dia sedang membersihkan kelas . Lakukan dengan hati yang ikhlas dan tidak berpura - pura kerana kamu ingin menumpang tidur di rumahnya .

Nyatakan sebab ..

Terangkan dengan jelas sebab - sebab kamu ingin menumpang di rumahnya . Sebagai seorang kawan yang memahami , dia pasti tiada masalah mnerima kamu tidur di rumahnya .

Jangan memaksa ..

Sekiranya kawan kamu ada aktiviti lain yang penting semasa kamu beada di rumahnya , terimalah keputusan itu dengan hati yang terbuka . Jangan sesekali memaksa kerana ia akan membuatkan kawan kamu serba salah , tidak selesa dan mengeruhkan hubungan kamu berdua .

Minta izin ibu bapa kawan ..

Minta kawan kamu supaya bertanya dan meminta izin ibu bapanya terlebih dahulu dan nyatakan sebab - sebabnya . Seeloknya , kamu sendiri pergi menyuakan hasrat kamu terhadap ibu bapa kawan kamu .

Bersopan dan berdisiplin ..

Tunjukkan sikap kamu yang bersopan santu dan berdisiplin ketika berada di rumah kawan kamu itu . Jangan terlalu malu kerana ia akan menyebabkan orang lain berasa kekok bila beinteraksi dengan kamu . Sebaliknya , tunjukkan sikap yang mesra dan ringan tulang . kawan kamu dan keluarganya pasti menyukai kamu .

Sekian , Terima Kasihh :) 


No comments:

Post a Comment